Total Pageviews

Tuesday 9 August 2011

Bukan Susah Nak Faham...

....Seorang murid yang dikenali sebagai murid yang pendiam,
bangun dan memberi isyarat mahu bertanyakan soalan...

Tanya dia kepada ustazah, "Ustazah, kalau Allah
menyuruh kita solat, macamana pula Allah solat???"

Seluruh kelas terpana mendengarkan soalan pelajar itu...
Ustazah mereka juga terkedu sekejap sebelum
dapat mencari jawapan yang sesuai bagi menjawab
persoalan yang tidak diduga daripada anak muridnya itu...

Seketika kemudian baharulah ustazah menjawab
dengan bertanya kembali kepada pelajarnya itu...

"Kenapa awak datang ke sekolah???"
"Kerana mahu belajar..." jawabnya ringkas...

"Selain daripada itu???"
"Kerana mak dan ayah saya suruh..."

"Tapi mereka tidak datang sekolah bukan???"
"Ya..."


"Begitulah juga dengan Allah. Dia yang menyuruh kita bersolat untuk menyembah diriNya... Maka Dia tidak
perlulah bersolat... Sebagaimana mak dan ayah kita
suruh kita datang ke sekolah, sedangkan mereka
tidak datang ke sekolah..."

Murid tersebut mengangguk faham tanda berpuas hati dengan
jawapan yang diberikan oleh ustazah itu...

nota kaki: "Sesungguhnya solat, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kepada Allah"...

مع السلامه والى اللقاء

No comments:

Post a Comment