Total Pageviews

Saturday 24 September 2011

Semalu Yang Malu



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

♥ Semalu akan kuncup apabila disentuh. Hal ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang tinggi. Namun harus diingatkan, perasaan malu itu biarlah kena pada tempatnya.

♥ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, seorang wanita perlulah tahu cara untuk mempertahankan diri dan maruahnya sebagai seorang wanita muslim.

♥ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan bertindak mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan dan hubungan yang sangat kuat dengan Allah SWT.

♥ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Jadi, kepada para wanita sekalian, pulanglah ke rumahmu apabila senja kian menjelang. 

مع السلامه والى اللقاء

nota kaki : Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...

Wednesday 21 September 2011

Selamat Malam dan Maat Taufiq Wan Najah Fil Imtihan

Salam penuh kasih sayang buat kau, 'Seindah Warna Pelangi'.


Seharian aku dipagut rasa rindu untuk berbicara denganmu 'Seindah Warna Pelangi'. Banyak cerita yang tertangguh untuk aku kongsikan. Aku sedikit hairan dengan perasaanku yang cemas, bilamana aku belum punya waktu untuk memuntahkan isi hidupku hari ini ke dalam dadamu. Bagai ada satu perasaan pelik seakan-akan kesempatan hanya tinggal seketika untuk aku dakap kau sebagai teman yang teristimewa. Mungkin kerana terlalu letih agaknya hingga aku terbawa-bawa.


Begitu meriah hidupku hinggakan ada saja yang aku mahu kau tahu tanpa sedetik pun aku mahu ketinggalan. Cuma terkadang, masa terlalu cemburu, lalu aku diburu kekalutan. Kesibukan yang kunjung tiba tanpa diundang seperti tidak mahu beransur kurang. Semakin hari aku semkain tenggelam dalam kegawatan masa. Risau juga hatiku takut-takut amal ibadatku tidak lagi selari dengan nikmat dan dugaan yang bersilih ganti menemaniku. Moga aku terhindar dari segala fitnah dunia yang boleh menghancurkan mahligai insani tanpa disedari. Ku panjat doa mohon perlindungan dari Rabbulalamin.


Aku perlu bersiap-siap kerana esok aku akan kembali ke kampus tempatku menimba ilmu. Atas tuntutan tanggungjawabku yang tidak betah aku biarkan selagi belum diselesaikan sesempurna yang aku mampu. Hal ini demikian kerana aku akan menjalani peperiksaan akhir semesterku pada esoknya. Di kesempatan ini, aku ingin coretkan sedikit tentang perjalanan peperiksaan finalku bagi semester ini.


22 September 2011 : BEL 260 (English)
23 September 2011 : CTU 151 (Agama)
28 September 2011 : CHM 256 (Chemistry)
29 September 2011 : PHY 210 (Physics)
02 Oktober 2011 : MAT 183 (Calculus)
04 Oktober 2011 : BIO 150 (Biology)


Dalam sayu, mataku mula memberi isyarat bahawa bicara kita harus ditamatkan. Kelopak sudah mahu melabuh tirainya kerana waktunya telah tiba. Walau tidak rela, kau harus aku lepaskan mentelah ini lembaran terakhir yang aku sediakan untuk kau pada hari ini. Terima kasih 'Seindah Warna Pelangi' untuk segalanya. Kita bertemu lagi pada keesokan harinya. Lena ku sambut dengan doa agar tidurku juga bakal dihitung sebagai amal soleh dan mimpiku nanti bakal membawa sejuta makna yang indah dan membahagiakan. Aku perlu tidur lena kerana esok hari bakal bermula dengan komitmen yang masih sama. Di akhir lembaran, aku hadiahkan sebuah lagu sebagai halwa telinga untuk kau dengarkan.

مع السلامه والى اللقاء

nota kaki : sebelum tidur, adalah digalakkan untuk memohon kemaafan buat diri sendiri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. marilah kita mengamalkannya.