Total Pageviews

Thursday 21 July 2011

Nomu Nomu Nomu Chua~~

At first, when your tears drenched my clothes,

I thought I should just wait and let them dry,

But those tears became bigger clouds and wind,

And are falling as a rain that stops my feets,

While getting drenched by the rain that can't be stopped or avoided,

 Where am I supposed to go???

I lost my way...

Eventhough I want to run far away,

You stay on my mind, and I kept coming back...

I want to protect you...

I want to love you...

and I want to treat you well...


nota kaki: butakah cinta??? 


مع السلامه والى اللقاء

Tuesday 5 July 2011

Dengar Dengan Hati

Seorang guru yang mengajar pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah bertanya kepada salah seorang pelajarnya: 
"Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat??"


Dengan penuh yakin, sepantas kilat memancarkan cahayanya budak itu pun menjawab: "Empat biji, cikgu."

Mendengarkan jawapan dari anak muridnya itu, guru tersebut merasa kecewa kerana jawapan yang diharapkan adalah tiga. "umm,,tak apa lah, mungkin dia tidak mendengar soalan itu dengan baik," bisik guru itu.

Kemudian guru tersebut mengulangi sekali lagi soalan yang sama sambil meminta agar pelajarnya itu menumpukan sepenuh perhatian...

Murid tersebut pun mula mengira-ngira dengan jari setelah dapat mengesan wajah kekecewaan gurunya itu...

Kali ini murid itu mnghitung lama-lama dan berhati-hati dengan harapan dapat membuat gurunya berasa gembira dengan jawapan yang diberi walaupun tidak betul...

Tanpa ragu-ragu, murid itu mengulang kembali jawapannya yang masih sama, "Empat,cikgu!"

Gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang diberikan kerana masih lagi salah. Kemudian, guru itu teringat bahawa muridnya itu sangat menggemari strawberi. Lalu cikgu itu pun menukar soalannya dari buah epal kepada buah strawberi...

"Kalau cikgu berikan kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yang kamu miliki???"


Murid tersebut pun mengira sekali lagi dengan jarinya. "Tiga,cikgu!"

Kali ini, jawapan yag diberikan tepat...
Berseri-seri wajah cikgu itu...
"Bagus. Tepat sekali jawapan kamu."

"Sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat???"
Soalan yang awal tadi diulang buat kali ketiga, namun hampanya jawapan yang diberikan masih lagi empat...

Dalam keadaan marah, guru tersebut bertanya kepada muridnya:
"Macam mana kamu dapat jawapan empat pula ni???"

Dalam keadaan takut dan teragak-agak, murid tersebut menjawab dengan suara perlahan:
"Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya,cikgu."

nota kaki: bukan semua orang memahami maksud yang sama sepertimana yang kita maksudkan. Jadi dengarlah dengan mata hati. Jika berbeza pendapat, bukan bererti salah satu pihak betul. Mungkin juga kedua-dua pihak salah. :)

مع السلامه والى اللقاء

Doa...

Allah menjawab doa hamba-hambaNya dalam tiga cara, sama ada:

Cara Pertama;
DIA mengatakan 'YA' dan memberikan apa yang kita ingini/hajati...

Cara Kedua;
DIA mengatakan 'TIDAK' dan memberikan kita sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita mohon....

Cara Ketiga;
DIA mengatakan 'TUNGGU' agar DIA dapat memberikan yang lebih terbaik kepada kita...


nota kaki: berdoalah kepada Allah, nescaya Dia akan memperkenankan doa kita. Doa Senjata Mukmin...



مع السلامه والى اللقاء

Monday 4 July 2011

Jin Tidak Dapat Kuasai Orang Soleh

Salam...
Tajuk entri kali ni aku dpt ilham lepas sesi 'lepaking' dgn sorg llaki ex-schoolmate ak dlu...
trima kasih,tqa cz tmukan kmi bdua..ahahah...
dlu ak ta knal ngat pown dgn dak laki nih,,tp igt2 lupa la muka dya...
dlu masa kat seklh,,ak tgok dya cam besa ja pown..
tp jmpak dya mlm tu,,seyes ak tkejt gila..
tgok prubhan dya..
mcm ustz beb dya skrg..
nyway,,alhamdulillah...
dya da tmukn jln sbnar...
aku tmpang gmbira...
dya aku nmpk memgg sorg llaki yg pnuh wawasan la skrg..
bbnding dlu dya byk men2...

mlm tu,,2 jam sembang2 kami,,byk gak la info ak dpt..
tp memndangkn otak ak yang asyik loading2,,buffering2,,retrieving data,, and wat so eva...
tp bnda ni la yg paling ak ingt dlm byk2 bab dya kuarkn...

Mungkin ada antara kita pernah diganggu semasa berada di rumah, misalnya mendengar suara-suara pelik, mendengar bunyi di atas rumah seperti orang berjalan atau mengalihkan barang, padahal ketika tu sekitar jam 02.00 atau 03.00 pagi...

Bunyi dan perbuatan seperti itu kemungkinan datang daripada jin...
Jin merupakan makhluk yang wajib kita percayai kewujudannya kerana Allah telah menyebut tentangnya dalam beberapa ayat dalam Al-Quran...
Bahkan Allah telah menamai satu surah dalam Al-Quran dengan nama Al-Jinn..


Kewujudan jin juga disepakati oleh ulama-ulama..
Jin mempunyai kemampuan manusia sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud ; "Ifrit daripada golongan jin berkata: 'Aku akan membawanya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu.."' 
(Surah al-Naml 27:39)

Istana Nabi Sulaiman a.s. dengan kerajaan Saba' dipisahkan oleh jarak yang sangat jauh, tetapi Allah memberikan mereka (para jin) kemampuan untuk berubah bentuk, boleh terbang dan melakukan perkara-perkara ajaib yang lain..

Walaupun memiliki kemampuan yang luar biasa, tetapi mereka tidak mampu untuk menguasai hamba-hamba Allah yang soleh..
Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam beberapa ayat dalam Al-Quran...

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya hamba-hamba-Ku (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (wahai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya). Cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi pelindung (bagi mereka)."
Surah al-Isra' 17:65

Dalam ayat yang lain, Allah s.w.t. menerangkan tentang pengakuan iblis yang bermaksud :
"Iblis berkata: 'Wahai Tuhanku, kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, oleh itu aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada anak Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semua kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas."'
(Surah al-Hijr 15:39-40)

Jin mempunyai kuasa ke atas manusia yang mempunyai fikiran yang sama dengannya dan sentiasa mengikutnya dengan sukarela sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. yang bermaksud:
"Sesungguhnya bagi hamba-hamba-Ku, kamu tidak ada kuasa menyesatkan mereka kecuali sesiapa yang mengikutmu daripada orang yang sesat."
(Surah al-Hijr 15:42)

Manusia adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t. jadi bersamalah kita gunakan kelebihan yang ada pada kita (akal) yang telah dikurniakan kepada kita untuk membezakan antara yang hak mahupun yang batil...
Janganlah kita biarkan nafsu yang menguasai hidup kita ini semata-mata...
Nescaya akan musnahlah kehidupan kita di dunia ini..
Bersamalah kita tingkatkan ibadah kita kepada Allah...
Agar kita dapat menghindarkan diri daripada perkara yang tidak diingini...


'Usia akan berakhir tetapi biarlah pahala terus mengalir...'

nota kaki: credit to Hafizin cz cite suma ni kat isya n tqa... 

مع السلامه والى اللقاء

Sunday 3 July 2011

Kapal Karam

Seorang lelaki terdampar di pinggir pantai di sebuah pulau.
Dialah satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.
Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau yang kecil dan terpencil tersebut, maka, dengan itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari agar menyelamatkannya dari segala.

Di samping itu, dia juga tidak putus-putus meninjau di pinggir laut yang bagai tidak berpenghujung itu dengan harapan agar ada kapal yang melalui perairan itu dan dapat menyelamatkannya daripada terus terperangkap di pulau yang tiada berpenghuni tersebut.


Akhirnya, setelah puas berjalan, lelaki tersebut menemui sebuah pondok kecil dan usang di tepi pantai tersebut sebagai tempat berteduh daripada terik matahari siangnya dan berlindung daripada bayu yang dingin pada malamnya.

Suatu hari, lelaki tersebut pergi meredah hutam untuk mencari bekalan makanan.
Setibanya dia di pondok tersebut, dia mendapati bahawa pondok yang selalu dia gunakan untuk melepaskan lelah dia telah hangus terbakar.
Tiada apa yang tinggal kecuali abu dan asap yang berkepul-kepul naik ke langit.
Lelaki tersebut terus terduduk.

Sambil merenung nasibnya yang malang, lelaki tersebut mula mempersoalkan tentang takdir malang yang menimpanya.
"Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?? Kenapalah Allah uji aku sampai ke tahap macam ini sekali??? Kenapa mesti aku???"

Pada petang hari tersebut, Apabila dia sedang berehat-rehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak seolah-olah kelibat sebuah kapal dari jauh sedang menuju ke arah pulau tersebut.
Lelaki tersebut terus melambai-lambai dan menjerit-jerit sehabis dayanya dengan harapan agar pengemudi kapal tersebut perasan akan kehadirannya di pulau tersebut.

Akhirnya, lelaki tersebut diselamatkan dengan dibawa naik ke kapal serta diberi makanan dan minuman.
Namun, tiba-tiba lelaki tersebut kehairanan tentang bagaimana kapten kapal tersebut boleh mengetahui bahawa dia ada di pulau tersebut.

Dia pun bertanya kepada kapten kapal tersebut, "Bagaimana tuan boleh tahu ada orang yang terdampar di pulau itu??"

Kapten kapal itu pun menjawab, "Kami ternampak kepulan asap dari pulau itu. Jadi, kami terus menukar haluan ke arah pulau ini kerana memikirkan bahawa mungkin ada orang yang sangat memerlukan bantuan kami."

nota kaki: kita janganlah pernah sekalipun mempersoalkan tentang setiap apa yang telah Allah takdirkan kepada kita. Kerana sesungguhnya di sebalik setiap kesusahan yang kita alami, akan terdapat kesenangannya di kemudian hari. InsyaAllah..Allah knows best.

مع السلامه والى اللقاء