Total Pageviews

Saturday 24 September 2011

Semalu Yang Malu



Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

♥ Semalu akan kuncup apabila disentuh. Hal ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang tinggi. Namun harus diingatkan, perasaan malu itu biarlah kena pada tempatnya.

♥ Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, seorang wanita perlulah tahu cara untuk mempertahankan diri dan maruahnya sebagai seorang wanita muslim.

♥ Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan bertindak mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan dan hubungan yang sangat kuat dengan Allah SWT.

♥ Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Jadi, kepada para wanita sekalian, pulanglah ke rumahmu apabila senja kian menjelang. 

مع السلامه والى اللقاء

nota kaki : Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...

Wednesday 21 September 2011

Selamat Malam dan Maat Taufiq Wan Najah Fil Imtihan

Salam penuh kasih sayang buat kau, 'Seindah Warna Pelangi'.


Seharian aku dipagut rasa rindu untuk berbicara denganmu 'Seindah Warna Pelangi'. Banyak cerita yang tertangguh untuk aku kongsikan. Aku sedikit hairan dengan perasaanku yang cemas, bilamana aku belum punya waktu untuk memuntahkan isi hidupku hari ini ke dalam dadamu. Bagai ada satu perasaan pelik seakan-akan kesempatan hanya tinggal seketika untuk aku dakap kau sebagai teman yang teristimewa. Mungkin kerana terlalu letih agaknya hingga aku terbawa-bawa.


Begitu meriah hidupku hinggakan ada saja yang aku mahu kau tahu tanpa sedetik pun aku mahu ketinggalan. Cuma terkadang, masa terlalu cemburu, lalu aku diburu kekalutan. Kesibukan yang kunjung tiba tanpa diundang seperti tidak mahu beransur kurang. Semakin hari aku semkain tenggelam dalam kegawatan masa. Risau juga hatiku takut-takut amal ibadatku tidak lagi selari dengan nikmat dan dugaan yang bersilih ganti menemaniku. Moga aku terhindar dari segala fitnah dunia yang boleh menghancurkan mahligai insani tanpa disedari. Ku panjat doa mohon perlindungan dari Rabbulalamin.


Aku perlu bersiap-siap kerana esok aku akan kembali ke kampus tempatku menimba ilmu. Atas tuntutan tanggungjawabku yang tidak betah aku biarkan selagi belum diselesaikan sesempurna yang aku mampu. Hal ini demikian kerana aku akan menjalani peperiksaan akhir semesterku pada esoknya. Di kesempatan ini, aku ingin coretkan sedikit tentang perjalanan peperiksaan finalku bagi semester ini.


22 September 2011 : BEL 260 (English)
23 September 2011 : CTU 151 (Agama)
28 September 2011 : CHM 256 (Chemistry)
29 September 2011 : PHY 210 (Physics)
02 Oktober 2011 : MAT 183 (Calculus)
04 Oktober 2011 : BIO 150 (Biology)


Dalam sayu, mataku mula memberi isyarat bahawa bicara kita harus ditamatkan. Kelopak sudah mahu melabuh tirainya kerana waktunya telah tiba. Walau tidak rela, kau harus aku lepaskan mentelah ini lembaran terakhir yang aku sediakan untuk kau pada hari ini. Terima kasih 'Seindah Warna Pelangi' untuk segalanya. Kita bertemu lagi pada keesokan harinya. Lena ku sambut dengan doa agar tidurku juga bakal dihitung sebagai amal soleh dan mimpiku nanti bakal membawa sejuta makna yang indah dan membahagiakan. Aku perlu tidur lena kerana esok hari bakal bermula dengan komitmen yang masih sama. Di akhir lembaran, aku hadiahkan sebuah lagu sebagai halwa telinga untuk kau dengarkan.

مع السلامه والى اللقاء

nota kaki : sebelum tidur, adalah digalakkan untuk memohon kemaafan buat diri sendiri, keluarga dan masyarakat seluruhnya. marilah kita mengamalkannya.

Tuesday 20 September 2011

Biasa Tanda Istimewa

Bila bunyi guruh, aku mula bersungut...
Kenapalah ada guruh? Gerun hatiku...

Bila hari hujan, aku terus mengeluh...
Kenapalah ada hujan? Basahlah perjalananku...

Bila berlaku banjir, aku akan tetap resah...
Kenapalah ada banjir? Hanyutlah hartaku...
Sebaliknya aku lupa tentang mereka...

Bila bunyi guruh, petani mula bersyukur...
Tanda akan turunlah hujan menyirami bumi
yang bagai padang tekukur...

Bila hari hujan, petani terus bertafakur...
Tandanya akan segarlah tanaman di kebun dan padi
di sawah akan tumbuh subur...

Bila berlaku banjir, petani tetap akan terus akur...
Tanda ujian dari Allah, agar kami tidak malas dan tidak lewa tertidur...

Pada mereka, semuanya pasti ada hikmah...
Walaupun tak nampak dek mata tak terbaca dek lidah...


مع السلامه والى اللقاء

nota kaki : bersyukur dengan apa yang ada...

Doa Senjata Mukmin

Temanku 'Seindah Warna Pelangi',
Entri sebelum ini ada aku menyatakan sedikit sebanyak tentang doa.
Kalau masih ingat, aku membicarakan tiga jenis doa.


Jadi, kali ini aku ingin menambah bicaraku sedikit tentang doa.
Beginilah serba sedikit tentang penambahan entri doa aku untuk kali ini.

Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat.
Begitu juga dengan hari-hari yang bakal kita lalui, belum tentu pahit manis yang menanti kita sebagai hambaNya.

Kenapa harus dimulakan dengan doa???
Kenapa mesti disudahkan dengan doa???
Satu persoalan yang kadang-kadang sengaja kita lupakan.

Doa itu bekal, doa itu senjata.
Mana mungkin kita hamba yang lemah mampu mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang nabi dan para rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya.

Apatah lagi kita insan lemah yang hina dina ini.
Jangan sombong dengan Khalik (pencipta).

"...sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu (berdoa) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina."
[Surah al-Mukmin : 60]

Berlabuhnya malam, bersua Subuh berwajah fajar, isyrak menyapa disambut duha.
 Itu salah satu peraturan yang diatur Allah SWT tanpa gagal dan tanpa cela.
Peraturan yang sempurna ini alangkah indahnya, jika dimulakan dengan doa pembuka.
Bukan susah malah jauh sekali sukar.
Hanya bibir yang perlu memainkan peranan.
Sekelumit mengingatiNya, selaut kerahmatan dijanjikanNya.


Ya Allah, betapa Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.
Cuma hambaMu yang seakan lupa diri hingga terpinggir dari kasih dan rezekiMu.
Sedangkan Allah SWT lebih dulu memperingatkan hambaNya, bahawa Dia sentiasa ada untuk kita.
Bergantunglah sepenuh hati kepadaNya kerana demi sesungguhnya Dia tidak pernah jauh.

"...dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka itu beriman kepadaKu, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."
[Surah Al-Baqarah : 186]


مع السلامه والى اللقاء

nota kaki : Allah semakin suka jika kita selalu meminta dariNya...

Kisah Sebuah Permulaan

Setiap kali ada permulaan, pasti ada akhirnya...
Setiap kali ada awal, pasti ada hujungnya...

Begitu juga,
Setiap kali ada hari, pasti ada yang menanti...
Setiap kali ada minggu, pasti ada yang menunggu...
Setiap kali ada bulan, pasti ada yang akan berdepan...
Setiap kali ada tahun, pasti ada yang berpohon...

Yang pasti itu...
Adalah janji Ilahi yang tidak siapa ketahui isinya...


مع السلامه والى اللقاء

nota kaki : semua benda dicipta secara berpasangan... 

Diet Kesihatan

'Seindah Warna Pelangi' ...


Kali ini aku ingin berkongsi tentang supplemen ku yang baru bermula bulan ini. Kebetulannya bulan ini aku ada sedikit wang saku lebih, maka aku peruntukkan baki wang saku ku itu untuk membeli sedikit supplemen.


Setelah menjamu mata di Watson's maka aku pun mengambil keputusan untuk membeli sebotol supplemen Blackmores B+C. Supplemen ni aku dah amalkan dulu. Tapi, sebab rasa diet aku dah elok, aku ambil keputusan untuk berhenti amalkan supplemen ini. 




Kenapa aku beli supplemen B+C ni ye?? ehehe... Vitamin B bagi aku untuk tambah berat badan aku. hee.. Malunya nak ngaku yang berat aku kurang ni. Tapi serius, berat aku dah turun lebih dari 10kg dah. Tu yang aku mulakan balik amalkan supplemen ni. 


Kenapa tak makan je Weight Gain, GainEight, apa suma yang dorg jual kat pasaran tu untuk tambah berat??? Hakikatnya aku dah melabur seribu lebih da beli sume kejadah tu.. Tapi langsung ta berkesan kat aku. Atas perasaan takut sekiranya ia memberi side effect kat aku nanti, aku pun mengambil keputusan untuk cuba secara natural.


Alhamdulillah setakat aku amalkan Blackmores B+C ni, selera makan aku dah bertambah. ehhehe... Eh2,, Vitamin C untuk apa?? Untuk kulit la sayang. Disebabkan kulit aku terdedah kepada panas yang melampau sepanjang aku berada di bumi Perthlis, jadi vitamin C sangat diperlukan untuk bantu perbaiki struktur kulit aku kembali. hehe. 


Selepas dah bershopping kat Watson's tu, aku pown bergerak ke pejabat Amway yang berhampiran. Niatku untuk beli supplemen untuk mata lak. Yalah, amoi kedai spek tu dah bising-bising kat aku sebab power mata aku naik teruk sangat. "Ayoyo, lu buat apa ni sampai power lu naik macam ni??? Lu tak pakai spek ka??? Wat regular check-up pown power naik lagi ka???" Aduss,, penat seh dengar amoi tu beletiaq. Macam na hayun kaki kuar ja dari kedai dia. Tapi tahan sat la dengar dia cakap tu. Kadang-kadang aku rasa lawak pown ada. Yalah, dia duk bercakap ta berhenti, tapi aku macam tunggul ja duk layan dia cakap. Lagipun masuk telinga kanan kuar telinga kiri.. ehehe...


Kat Amway ni, aku beli Nutrilite Multi Carotene. Botol kecik je, harganya,,, hadooii... Seb bek papa ahli Amway. Rase lah murah sikit (padahal ta murah mana sangat pun).. Supplemen ni dulu mak aku yang try dulu.. Aku sekadar nak sambung tradisi.. hehehe... mana tau kot berkesan ta de lah aku na pakai spek atau lens ag kan pas ni.. hee.. Amin...


Ok lah.. sori lah kalu aku semakkan wall aku yang berhabuk (sebab lama tak publish) dengan benda-benda macam ni.. Bukan apa, sekadar nak berkongsi, kot-kot la ade orang yang bermasalah macam aku tapi dah buntu cari penyelesaian. Leh la try.. Sangat-sangat dialu-alukan. Sebab aku teringat kata-kata makcik yang jual direct selling tu, dya kata jgn tengok testimonial orang lain. Kena try sendiri baru tau berkesan ke tak???


مع السلامه والى اللقاء

nota kaki : kata-kata makcik tu begitu menusup ke dalam jiwa. heheh. ta sabar nak tunggu resultnye nanti. Harap2 positif

Selamat Pagi Cinta

'Seindah Warna Pelangi' pena hatiku,


senang rasanya dapat memulakan hari dengan berkongsi rasa dengan kau sahabat yang paling memahami. Mudah-mudahan kau akan kekal begitu, sehinggalah tangan ini sudah tidak bernyawa untuk menyelak lembaran baru lagi nanti di dadamu 'Seindah Warna Pelangi'.


Selamat pagi buat semua. Di pagi yang indah nan permai ini, aku hadiahkan doa sebagai pembuka bicaraku untuk hari ini.


"Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa yang terjadi..."
[Doa di waktu pagi dan petang]

Hariku tetap setia bermula segar dengan sinar fajar yang seolah berjanji pada alam, adanya seribu satu kejadian di bawah satu kuasa yakni yang Maha Esa. Aku, dengan sebuah kesyukuran bangkit dari tempat tidur, gembira tapi malas mungkin juga bosan kerana rutin-rutin harianku bermula lagi. Namun doa tetap ku panjat pada Ilahi kerana masih lagi memberikan ruang dan peluang untukku terus menghirup udara segar untuk ke sekian kalinya. Harapanku agar hari ini adalah lebih baik dari semalam. Amin...

'Seindah Warna Pelangi' ku,
Sesudah bangun tadi diiringi dengan sebuah doa bangun tidur yang ringkas, seperti biasa aku harus melangkah untuk menukilkan sebuah lagi nukilan dalam kehidupanku. Bukankah kehidupan sebuah lakonan??? Ahh,,, pagi-pagi yang dipenuhi dengan buku-bukuan yang penuh diatas meja, sinonim bagi rutinku sebagai seorang mahasiswa universiti. Tambahan pula, peperiksaan semester ku bakal menjelang tiba. Doakan aku berjaya. InsyaAllah. 

Hai 'Seindah Warna Pelangi', tinta hatiku,
Sesudah aku menelaah pelajaran tadi, aku pun mengayun langkah  keluar dari rumah bagi menghirup udara nyaman pagi di hadapan rumahku. Ahh,, hiruk-pikuk di jalanraya sudah sedia memecahkan gegendang telingaku sejurus selepas aku mengayun langkahku itu. Walaupun telingaku agak bingit mendengarkan kebisingan kenderaan di jalanraya di hadapan rumahku dek kerana kekalutan mereka ke tempat kerja. Tidak kurang juga bagi mereka yang bergegas untuk ke sekolah. Namun, hakikatnya aku rindu dengan semua hiruk-pikuk ini. Walaupun adakalanya ia menyumbangkan irama pagi yang sumbang dan lagunya yang beralunkan kesibukan serta rentak kesempitan waktu, aku masih lagi leka dibuai irama sedemikian. Bagiku, sudah lama aku tidak mendengar irama begini. Iyalah, di kampus tempatku menimba ilmu, suasananya tidaklah begini sibuk dengan kenderaan yang lalu lalang kerana kebanyakan kami yang memilih untuk berjalan kaki ke kuliah. 

Sekian untuk pagi ini. Semoga hariku dan hidupku sentiasa di bawah pertolonganNya yang Maha Mengasihi.


مع السلامه والى اللقاء

nota kaki : exam menjelang, jerawat pown bertandang...ngeh3

Saturday 17 September 2011

Santapan Akal

Kali pertama bumi ini diciptakan, katanya bumi ini selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Perkara ini merunsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah S.W.T. ...

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang??" Tanya para malaikat.

"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi wahai Rabb??" Tanya para malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang diperbuat daripada besi. Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku??"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb??" Tanya malaikat lagi.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi, Ya Rabb, adakah yang lebih kuat lagi selain air???" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana ia menghembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari semua itu (gunung, api, air, angin)??" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya DOA itu mampu mengubah takdirKu." Demikian Allah SWT menjelaskan.

[Hadis Kudsi]


nota kaki : sekadar santapan rohani... :)

مع السلامه والى اللقاء