Total Pageviews

Tuesday 5 July 2011

Dengar Dengan Hati

Seorang guru yang mengajar pelajar Tahun Satu di sebuah sekolah bertanya kepada salah seorang pelajarnya: 
"Kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu biji lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat??"


Dengan penuh yakin, sepantas kilat memancarkan cahayanya budak itu pun menjawab: "Empat biji, cikgu."

Mendengarkan jawapan dari anak muridnya itu, guru tersebut merasa kecewa kerana jawapan yang diharapkan adalah tiga. "umm,,tak apa lah, mungkin dia tidak mendengar soalan itu dengan baik," bisik guru itu.

Kemudian guru tersebut mengulangi sekali lagi soalan yang sama sambil meminta agar pelajarnya itu menumpukan sepenuh perhatian...

Murid tersebut pun mula mengira-ngira dengan jari setelah dapat mengesan wajah kekecewaan gurunya itu...

Kali ini murid itu mnghitung lama-lama dan berhati-hati dengan harapan dapat membuat gurunya berasa gembira dengan jawapan yang diberi walaupun tidak betul...

Tanpa ragu-ragu, murid itu mengulang kembali jawapannya yang masih sama, "Empat,cikgu!"

Gurunya masih kecewa dengan jawapan kedua yang diberikan kerana masih lagi salah. Kemudian, guru itu teringat bahawa muridnya itu sangat menggemari strawberi. Lalu cikgu itu pun menukar soalannya dari buah epal kepada buah strawberi...

"Kalau cikgu berikan kamu sebiji strawberi, sebiji strawberi dan sebiji lagi strawberi, berapakah jumlah strawberi yang kamu miliki???"


Murid tersebut pun mengira sekali lagi dengan jarinya. "Tiga,cikgu!"

Kali ini, jawapan yag diberikan tepat...
Berseri-seri wajah cikgu itu...
"Bagus. Tepat sekali jawapan kamu."

"Sekarang, kalau cikgu bagi kamu satu biji epal, satu lagi epal dan satu lagi epal, berapa biji epalkah yang kamu dapat???"
Soalan yang awal tadi diulang buat kali ketiga, namun hampanya jawapan yang diberikan masih lagi empat...

Dalam keadaan marah, guru tersebut bertanya kepada muridnya:
"Macam mana kamu dapat jawapan empat pula ni???"

Dalam keadaan takut dan teragak-agak, murid tersebut menjawab dengan suara perlahan:
"Sebab saya dah ada sebiji epal di dalam beg saya,cikgu."

nota kaki: bukan semua orang memahami maksud yang sama sepertimana yang kita maksudkan. Jadi dengarlah dengan mata hati. Jika berbeza pendapat, bukan bererti salah satu pihak betul. Mungkin juga kedua-dua pihak salah. :)

مع السلامه والى اللقاء

No comments:

Post a Comment