Total Pageviews

Sunday 3 July 2011

Kapal Karam

Seorang lelaki terdampar di pinggir pantai di sebuah pulau.
Dialah satu-satunya mangsa kapal karam yang terselamat dan masih hidup.
Apabila menyedari bahawa dia hanya seorang diri di pulau yang kecil dan terpencil tersebut, maka, dengan itu, dia berdoa kepada Allah setiap hari agar menyelamatkannya dari segala.

Di samping itu, dia juga tidak putus-putus meninjau di pinggir laut yang bagai tidak berpenghujung itu dengan harapan agar ada kapal yang melalui perairan itu dan dapat menyelamatkannya daripada terus terperangkap di pulau yang tiada berpenghuni tersebut.


Akhirnya, setelah puas berjalan, lelaki tersebut menemui sebuah pondok kecil dan usang di tepi pantai tersebut sebagai tempat berteduh daripada terik matahari siangnya dan berlindung daripada bayu yang dingin pada malamnya.

Suatu hari, lelaki tersebut pergi meredah hutam untuk mencari bekalan makanan.
Setibanya dia di pondok tersebut, dia mendapati bahawa pondok yang selalu dia gunakan untuk melepaskan lelah dia telah hangus terbakar.
Tiada apa yang tinggal kecuali abu dan asap yang berkepul-kepul naik ke langit.
Lelaki tersebut terus terduduk.

Sambil merenung nasibnya yang malang, lelaki tersebut mula mempersoalkan tentang takdir malang yang menimpanya.
"Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?? Kenapalah Allah uji aku sampai ke tahap macam ini sekali??? Kenapa mesti aku???"

Pada petang hari tersebut, Apabila dia sedang berehat-rehat di bawah sepohon pokok kelapa, dia ternampak seolah-olah kelibat sebuah kapal dari jauh sedang menuju ke arah pulau tersebut.
Lelaki tersebut terus melambai-lambai dan menjerit-jerit sehabis dayanya dengan harapan agar pengemudi kapal tersebut perasan akan kehadirannya di pulau tersebut.

Akhirnya, lelaki tersebut diselamatkan dengan dibawa naik ke kapal serta diberi makanan dan minuman.
Namun, tiba-tiba lelaki tersebut kehairanan tentang bagaimana kapten kapal tersebut boleh mengetahui bahawa dia ada di pulau tersebut.

Dia pun bertanya kepada kapten kapal tersebut, "Bagaimana tuan boleh tahu ada orang yang terdampar di pulau itu??"

Kapten kapal itu pun menjawab, "Kami ternampak kepulan asap dari pulau itu. Jadi, kami terus menukar haluan ke arah pulau ini kerana memikirkan bahawa mungkin ada orang yang sangat memerlukan bantuan kami."

nota kaki: kita janganlah pernah sekalipun mempersoalkan tentang setiap apa yang telah Allah takdirkan kepada kita. Kerana sesungguhnya di sebalik setiap kesusahan yang kita alami, akan terdapat kesenangannya di kemudian hari. InsyaAllah..Allah knows best.

مع السلامه والى اللقاء

No comments:

Post a Comment